Not Malaysian,Translate here

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Pages

Tuesday, April 27, 2010

STPM SOALAN GEOGRAFI IFZIKAL

Tema 1 Sistem Bumi

Soalan 1

(a) Nyatakan dua jenis sistem yang anda tahu berserta contohnya sekali. (4m)

(b) Terangkan maksud salah satu daripada sistem tersebut. (5m)

(c) Jelaskan contoh bagaimana salah satu daripada sistem tersebut berfungsi. (10m)

(d) Huraikan tiga kepentingan sistem kepada alam sekitar. (6m)

Soalan 2

(a) Terangkan empat ciri bumi berbentuk sfera. (8m)

(b) Jelaskan empat bukti yang menunjukkan bahawa bumi berbentuk sfera. (8m)

(c) Huraikan kesan bumi berbentuk sfera terhadap alam sekitar. (9m)

Soalan 3

(a) Apakah yang anda faham tentang peredaran bumi? (5m)

(b) Jelaskan empat kesan kejadian peredaran bumi. (10m)

(c) Bincangkan aktiviti manusia yang dapat dikaitkan dengan kejadian peredaran

bumi. (10m)

Soalan 4

(a) Apakah maksud ‘tenaga’ ? (5m)

(b) (i) Apakah maksud ‘tenaga keupayaan’ dan ‘ tenaga kinetik’? (7m)

(ii) Nyatakan jenis tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. (5m)

(c) Huraikan peranan tenaga suria terhadap kegiatan manusia. (8m)

Soalan 5

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga suria? (5m)

(b) Bagaimanakah dikatakan tenaga suria penting terhadap proses geomorfologi?

(10m)

(c) Bincangkan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi tumbuh-tumbuhan di kawasan tropika. (10m)

Tema 2 Sistem Geomorfologi

Soalan 1

(a) Apakah maksud Hanyutan Benua? (5m)

(b) Jelaskan peringkat-peringkat hanyutan benua. (10m)

(c) Huraikan bukti-bukti kebenaran berlakunya hanyutan benua. (10m)

Soalan 2

(a) Nyatakan proses-proses luluhawa kimia. (5m)

(b) Berdasarkan soalan 6 (a), jelaskan dua daripada proses tersebut. (8m)

(c) Jelaskan kepentingan proses luluhawa terhadap kegiatan manusia. (12m)

Soalan 3

(a) Apakah maksud ‘beting’ yang terdapat di pinggir pantai? (5m)

(b) Nyatakan:

(i) Dua contoh pinggir pantai yang anda tahu. (2m)

(ii) Empat bentuk muka bumi hakisan dan empat bentuk muka bumi pemendapan

pinggir laut. (8m)

(c) Huraikan aktiviti-akitiviti manusia yang boleh mengganggu kestabilan pinggir pantai. (10m)

Soalan 4

(a) Berikan empat contoh bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai. (4m)

(b) Jelaskan pembentukan empat bentuk muka bumi tersebut. (11m)

(c) Huraikan faktor-faktor yang menpengaruhi proses pemendapan sungai. (10m)

Soalan 5

Berdasarkan kajian luar yang anda lakukan di kawasan cerun bukit,

(a) Jelaskan proses pergerakan jisim di kawasan tersebut. (7m)

(b) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya proses tersebut. (6m)

(c) Nyatakan empat langkah yang anda tahu untuk mengurangkan kesan daripada

proses di soalan 5 (a) di atas. (4m)

(d) Huraikan empat langkah yang anda cadangkan untuk mengurangkan kesan

proses di atas. (8m)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails