Not Malaysian,Translate here

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Pages

Wednesday, April 28, 2010

Jawapan Tema 1

Jawapan Tema 1 Sistem Bumi

Soalan 1

(a) Dua jenis sistem dan contohnya ialah:
 Sistem berstruktur, contohnya kitar air.
 Sistem bermorfologi, contohnya morfologi bentuk muka bumi hakisan sungai.
(4m)
(b) Maksud salah satu sistem tersebut ialah:
 Sistem berstruktur merupakan satu sistem yang mempunyai susunan dan pola tertentu. Semasa sistem ini beroperasi ia melibatkan beberapa proses dan menghasilkan kesan terhadap persekitaranya. (5m)
(c) Contoh salah satu sistem berstruktur berfungsi ialah kitar air, iaitu :
 Bermula dari matahari yang membekalkan tenaga haba.
 Kemudian di sistem hidrologi berlaku proses sejatan akibat dari tenaga haba matahari.
 Seterusnya di sistem atmosfera berlaku proses pemeluwapan dan hujan turun.
 Di sistem biologi berlaku proses sejatan dan sejat peluhan .
 Di sistem litosfera berlaku proses resapan dan terbentuk air bawah tanah dan proses larian permukaan yang membentuk banda air. (10m)
(d) Tiga kepentingan sistem kepada manusia ialah:
 Mengekalkan keseimbangan alam sekitar untuk kelangsungan hidupan di bumi.
 Mempengaruhi cuaca dan iklim, menghasilkan jumlah hujan dan suhu yang berbeza antara lokasi yang berbeza.
 Mempengaruhi aktiviti manusia, contoh bentuk muka bumi yang berbeza menghasilkan aktiviti manusia yang berbeza antara lokasi yang berbeza. (6m)

Soalan 2

(a) Empat ciri bumi berbentuk sfera ialah :
 Rata di kedua-dua kutub.
 Jejari yang berbeza antara kutub dengan Khatulistiwa.
 Tarikan graviti yang kuat di kutub kerana lebih dekat dengan pusat bumi berbanding Khatulistiwa.
 Saiz garisan lintang yang berbeza di lokasi yang berbeza. (8m)
(b) Empat bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera ialah:
 Pelayaran beberapa orang tokoh mengelilingi bumi.
 Kaki langit yang kelihatan melengkung.
 Gambar melalui satelit.
 Kejadian gerhana bulan, kelihatan permukaan bumi berbentuk garis lengkung di permukaan bulan. (8m)
(c) Kesan bumi berbentuk sfera kepada alam sekitar ialah:
 Kejadian siang dan malam yang berbeza antara kawasan.
 Zon waktu yang berbeza antara kawasan akibat kedudukan garis bujur yang berbeza.
 Penerimaan cahaya matahari yang berbeza antara kawasan.
 Kejadian musim yang berbeza antara kawasan. (9m)

Soalan 3

(a) Maksud peredaran bumi ialah :
 Bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur dengan kecondongan
66 ½ ° dalam masa 365 ¼ hari dengan kelajuan 107 280 km sejam mengikut lawan jam. (5m)
(b) Kesan peredaran bumi ialah :
 Berlaku kejadian empat musim.
 Berlaku fenomena solstis musim sejuk dan musim panas di mana matahari tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di Garisan Jadi dan Garisan Sartan.
 Berlaku fenomena ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh di mana matahari tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di Garisan Khatulistiwa.
 Kejadian siang dan malam yang tidak sama panjang di seluruh dunia kecuali di kawasan Khatulistiwa.
 Kutub Utara mengalami 24 jam malam pada musim sejuk dan 24 jam siang pada musim panas. Keadaan sebaliknya berlaku di Hemisfera Selatan.
(10m)
(c) Peredaran bumi yang mempengaruhi aktiviti manusia:
 Kegiatan pertanian - kawasan beriklim sejuk hanya dapat menjalankan kegiatan pertanian pada musim-musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Kawasan Khatulistiwa dapat menjalankan kegiatan pertanian sepanjang tahun.
 Kegiatan pelancongan - kegiatan pelancongan agak menggalakkan di kawasan beriklim sejuk pada musim bunga dan sejuk.
 Petempatan - pada musim sejuk penduduk di kawasan kutub, terutamanya Kutub Utara, iaitu orang Eskimo tinggal dalam iglu yang diperbuat daripada ais kerana persekitarannya dipenuhi oleh salji. Pada musim panas, mereka tinggal dalam tupik yang diperbuat daripada kayu yang boleh didapati di kawasan sekitarnya pada musim itu.
 Kegiatan perindustrian desa - Kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa yang menerima bahangan matahari selama lebih 8 jam sehari membolehkan aktiviti perindustrian desa seperti menjemur ikan, keropok dan kain batik dijalankan.
 Pembalakan - kawasan beriklim sejuk menjalankan kegiatan pembalakan pada musim sejuk kerana getah pokok yang beku memudahkan pokok ditebang dan diseret di permukaan bumi yang diliputi ais. Di kawasan Khatulistiwa, kegiatan pembalakan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. (10m)






Soalan 4

(a) Keupayaan menghasilkan gerak kerja dan boleh bertukar dari satu bentuk ke bentuk lain. Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diukur dengan cara jumlah atau banyaknya bekerja. (5m)
(b) (i) Maksud tenaga keupayaan
 Tenaga yang disimpan dalam sesuatu jasad kerana kedudukannya.
Maksud tenaga kinetik
 Tenaga pada jasad bergerak semakin cepat gerakan dan tinggi kedudukan tenaga tinggi. (5m)
(ii) Jenis tenaga kinetik:
 Tenaga kinetik tarikan graviti
 Tenaga kinetik elektrik
 Tenaga kinetik magnetik
Jenis tenaga keupayaan
 T enaga keupayaan terma
 Tenaga keupayaan cahaya (5m)
(c) Peranan tenaga suria terhadap kegiatan manusia:
 Pertanian - dapat dijalankan sepanjang tahun dan ditanam dengan kepelbagaian tanaman.
 Pelancongan - aktiviti berjemur di pinggir pantai.
 Perindustrian - aktiviti menjemur ikan kering, keropok, dan kain batik.
 Ternakan - bekalan rumput diperolehi sepanjang tahun hasil daripada proses fotosintesis.
 Domestik - menjemur kain oleh suri rumah tangga. (10m)

Soalan 5

(a) Maksud tenaga suria
 Tenaga yang berasal daripada bahang matahari dan ditukarkan secara langsung atau tidak langsung kepada tenaga haba. Digunakan untuk kegunaan domestik dan tenaga untuk mengerakkan kenderaan. (5m)
(b) Kepentingan tenaga suria terhadap proses geomorfologi :
 Luluhawa – meningkat akibat proses perubahan suhu yang berulang.
 Hakisan – proses sejatan yang tinggi akan membantu peningkatan jumlah hujan bagi menjalankan tindakan hakisan.
 Pergerakan jisim – peningkatan jumlah air hujan dalam tanih sehingga menjadi tepu dan pergerakan jisim terutama kejadian tanah runtuh.
 Pemendapan – terbentuk akibat beban yang banyak hasil daripada proses luluhawa dan hakisan. (10m)



(c) Peranan tenaga suria dalam mempengaruhi tumbuh-tumbuhan di kawasan tropika:
 Kepadatan tumbuh-tumbuhan, tenaga matahari yang tinggi dan banyak dengan suhu purata 27.3 ° C setahun mampu melakukan proses fotosintesis bagi menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi dengan baik.
 Susun lapis yang banyak, iaitu beberapa lapisan utama. Lapisan atas merupakan pokok-pokok tinggi (30-90m), lapisan tengah merupakan pokok-pokok sederhana tinggi (5-15m) dan terdapat juga epifit seperti paku langsuyur dan paku tanduk rusa yang hidup menumpang di atas pokok lain. Di lapisan bawah, tumbuhan bahagian ini amat jarang kerana penerimaan matahari yang amat kurang. Di lapisan lantai bumi, tumbuhan lantai hutan amat rendah kepadatannya atau tiada langsung .
 Kesan penerimaan matahari yang amat kurang juga mewujudkan komuniti tumbuh-tumbuhan yang berlainan di lapisan bawah. (10m)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails